PENDAHULUAN
Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al
Sunnah adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan
kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama
yang sering dikaitkan dengan pengajian al-quran dan al-sunnah dan amalan
seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan bidang Pengajian
al-Quran, Ulum Al-Quran , Pengajian Hadis, Ulum al-Hadis, Akhlaq dan
Tamadun.Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam Teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu
Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran
elektif pengajian Islam.
VISI
“Bersama menggabungkan tenaga bagi memahami mata pelajaran
Pendidikan Syariah Islamiah dan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah supaya
pelajar dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada di
peringkat PMR yang lalu melalui pembelajaran mata pelajaran ini”.
MISI
“Setiap
usaha yang dicurahkan ke arah kefahaman
dan penghayatan serta amalan seharian bagi pelajar ke arah melahirkan cerdik
pandai Islam yang mahir dan menguasai dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi dan
ukhrawi.”
MATLAMAT
Memantapkan penguasaan ilmu melalui pembelajaran Al-Quran dan
Al-Hadis ke arah memahami sumber-sumber hukum Islam di samping membantu
penguasaan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran. Di samping menanam minat
pelajar bagi menambah ilmu dan diterapkan dalam kehidupan seharian samada di
sekolah atau dalam masyarakat selepas tamat pengajian mereka.
OBJEKTIF
i. Melahirkan pelajar yang bertaqwa.
ii. Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan
menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Quran dan
al-Sunnah.
iii. Memupuk semangat pelajar yang sentiasa
berusaha untuk memahami dan menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan sama ada
duniawi dan ukhrawi.
iv. Membina keseimbangan pelajar yang dapat
menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari.
RASIONAL
i. Menyedari betapa cerdik pandai
Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu pengetahuan duniawi dan
ukhrawi.
ii. Memberi keberkesanan yang lebih baik
kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
iii. Mendedahkan pelajar kepada perkembangan
hukum-hakam Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.
iv. Membantu sekolah untuk mempertingkatkan
kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan SPM.
v. Menggabungkan tenaga semua pihak untuk
mempertingkatkan prestasi kecemerlangan akademik pelajar.
Baccarat: Rules, Strategies and Strategy - Betting
ReplyDeleteBaccarat is a traditional casino game played with cards from four suits. Each player decides how many 안전 바카라 tricks the dealer has
The Wizard of Vegas to run at Wynn Las Vegas in 2022
ReplyDeleteThe Encore will remain the 계룡 출장마사지 standard on-site casino resort, with 속초 출장샵 a pool, restaurants, a 양주 출장마사지 fitness 영주 출장마사지 center, 남원 출장샵 and a nightclub.
Great and I have a super supply: What Do House Renovations Cost house renovation on a budget
ReplyDelete