BAHAN GURU


AMALAN PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN

Amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah . Pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pengajaran guru juga hendaklah dirancang di samping memberi pertimbangan kepada kepelbagaian pelajar. Apatah lagi dalam pengajaran Tilawah al-Quran, ia mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap komponen mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran Tilawah al-Quran melibatkan kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasahah, tilawah bertajwid dan bacaan secara tadwir dan tartil (KementerianPelajaran Malaysia 2004).
Bahagian tilawah al-Quran merangkumi tiga aspek iaitu Tilawah al-Quran, Kefahaman ayat-ayat al-Quran dan Hafazan.Setiap aspek yang terdapat dalam bahagian Tilawah al-Quran ini menggunakan kaedah dan pendekatan yang berbeza-beza.Kaedah dan pendekatan yang berbeza-beza ini digunakan bagi meningkatkan keberkesanan dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam khususnya bahagian tilawah al-quran.
Menurut Abdul Raof(1993) gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan.
Berkaitan strategi pengajaran, menurut Ibnu Khaldun (2000), guru hendaklah memastikan setiap isi pengajaran dan masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran diselesaikan dahulu sebelum berpindah ke topik lain. Oleh itu dalam pengajaran Tilawah al-Quran, guru hendaklah memastikan para pelajar benar-benar dapat menguasai isi pelajaran yang diterangkan oleh guru, agar para pelajar tidak berterusan gagal menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan sepenuhnya. Setelah guru yakin pelajar telah berjaya menguasai kemahiran bacaan al-Quran yang diajar, barulah guru berpindah ke tajuk pengajaran yang seterusnya.
Manakala pendekatan yang digunakan untuk mengajar adalah pelbagai misalnya daripada konkrit kepada abstrak, daripada mudah kepada kompleks, daripada keseluruhan kepada bahagian, daripada umum kepada khusus, daripada spesifik kepada umum, daripada dekat kepada jauh dan daripada diketahui kepada belum diketahui (Ab. Halim Tamuri 2006). Kesesuaian pendekatan pengajaran berkait rapat dengan jenis pelajar dan jenis pengajaran guru. Oleh itu untuk amalan pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan, guru hendaklah memilih pendekatan yang sesuai.Hal ini kerana tidak ada satu pendekatan yang dianggap terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan.
Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan pemusatan kelas, kumpulan dan individu. Ia bertujuan untuk melibatkan kesemua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengenali murid-murid dengan lebih dekat.
Berkaitan kaedah pengajaran, kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dengan langkah danpenyampaian yang tersusun dalam jangka masa yang pendek..Apa saja cara yang guru Pendidikan Islam lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran Tilawah al-Quran, makaia adalah kaedah.
Manakala teknik ialah kemahiran dan perlakuan guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan pembelajaran. Ia adalah unit-unit kecil yang terkandung dalamsesuatu kaedah. Dengan pelbagai teknik pengajaran ini, guru dapat menggunakannya dalampengajaran Tilawah al-Quran. Oleh itu, guru Pendidikan Islam hendaklahmengambil kira teknik pengajaran yang sesuai agar wujudnya pengajaran
berkesan dan pembelajaran berkualiti. Manakala Azman (1987) mengatakan teknikialah apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sekiranya guru mengajar Bahasa denganmenggunakan alat-alat komunikasi yang canggih dalam makmal bahasa, maka iasatu teknik. Begitu juga sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajarTilawah al-Quran dengan menggunakan perisian komputer untukmemperdengarkan bacaan, maka ia dikatakan teknik.
Ishak (1985) dan Abdul Qadir (1998) mengemukakan berkaitan kaedah pengajaran bacaan al-Quran yang berkesan iaitu berdasarkan empat kaedah.(1) at-Tahqiq, iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah yang bertujuan untuk mengajar dan menghayati kandungan dan hukum-hukum bacaan al-Quran.(2) at-Tartil iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah dan bukan untuk tujuan mengajar. Ia dilakukan untuk menghayati kandungan al-Quran.(3) at-Tadwir iaitu bacaan yang sederhana dan tidak terlalu cepat serta mengawasi hukum tajwid. (4) al-Hadar iaitu bacaan cepat serta mengawasi segala hukum tajwid.




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN                                  :    Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
TINGKATAN                                             :    5 Bestari
BILANGAN MURID                                 :    36 orang
TARIKH                                                     :    22 Januari 2012
HARI                                                          :    Ahad
MASA                                                         :   12.20 tengahari – 1.30 petang (80 minit)
TAJUK UTAMA                                         :    Bahagian Akhlak                                                                                                                                      Pelajaran 24 – Adab Bersedekah Dan Memberi Hadiah
SUB TAJUK                                                :   1. Konsep sedekah dan hadiah menurut                                                               islam.
2. Hukum dan syarat memberi dan 
                                                                            menerima sedekah dan hadiah.
                                                                        3. Rukun sedekah dan hadiah.
3. Adab memberi dan menerima sedekah.
4. Kelebihan kepada pemberi sedekah dan       
    hadiah.
OBJEKTIF                                         :           Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.      Membuat perbandingan antara sedekah dan hadiah.(Aras 3)
2.      Menilai hukum memberi  sedekah dan hadiah berdasarkan kepada situasi.(Aras 3)
3.      Menghubungkaitkan aspek-aspek yang terlibat dalam proses memberi dan menerima sedekah dan hadiah .(Aras 3)
4.      Mengetahui adab memberi dan menerima sedekah. (Aras 1)
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID    :     Pelajar sedar bahawa sesiapa yang menerima
 sedekah atau pun hadiah pasti akan berasa 
  gembira.
PENERAPAN NILAI                                 :     Sedekah dan hadiah mampu mengeratkan 
                                                                         hubungan silaturrahim sesama manusia
 selain menikmati ganjaran daripada Allah
 S.W.T.
KBKK                                                        :     Menjana idea, membuat gambaran mental
                                                                         menghubungkait, menjelaskan,
                                                                         menghuraikan dan merumuskan.
KEPELBAGAIAN KECERDASAN          :     Kecerdasan interpersonal
BAHAN BANTU MENGAJAR                 :     1) Kotak hadiah
                                                                         2) Klip video
                                                                         3) Kertas mahjong
                                                                         4) Papan putih
RUJUKAN GURU                                     :     1.  Buku Teks Pendidikan Al-Quran  
                                                                              Dan As-Sunnah tingkatan 5.
                                                                         2.  Buku Rujukan Formula Bestari SPM Pendidikan       
                                                                              Al-quran Dan As-sunnah  Tingkatan 4 dan 5.
                                                                         3.  Buku Rujukan Revisi Efektif  i-
                                                                              Master  Pendidikan Al-quran dan  As-sunnah 
                                                                              Tingkatan 5.


 

No comments:

Post a Comment