CONTOH-CONTOH NOTA YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
GURU DAN PELAJAR
NOTA ISI / KANDUNGAN TOPIK
BAHAGIAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
PELAJARAN 27 : MENGHAYATI ADAB
BERJIRAN
27.1 MAKSUD BERJIRAN MENURUT ISLAM
JIRAN > Jiran ialah orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, dikiri, didepan, dibelakang,
di tingkat atas, ditingkat bawah hingga empat puluh buah rumah dari setiap
penjuru.
Rasulullah S.A.W bersabda :
![]()
(متفق عليه)
Maksudnya :
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, Hendaklah memuliakan
jiran.
27.2 HAK DAN KEWAJIPAN SEORANG
MUSLIM TERHADAP JIRAN
27.3 HIKMAH MEMELIHARA ADAB
BERJIRAN
Antara hikmah memelihara adab
berjiran ialah :
1- Kehidupan dipenuhi dengan
kedamaian dan keharmonian.
2- Kehidupan bermasyarakat
diberkati oleh Allah.
3- Dapat bersatu kearah kemajuan
dan kehidupan yang lebih berkualiti.
4- Sentiasa berasa selesa dan
mendapat pembelaan.
5- Kemungkaran dapat dibasmi
dengan lebih mudah dan cepat.
27.4 IMPLIKASI TIDAK BERADAB
TERHADAP JIRAN
Tidak beradab kepada jiran akan
membawa kesan dan implikasi yang buruk. Antaranya ialah :
1- Kehidupan tidak tenang.
2- Menjejaskan keharmonian hidup
bermasyarakat.
3- Terpinggir daripada masyarakat.
4- Sukar mendapat pertolongan
ketika dalam kesusahan.
5- Negara akan menjadi mundur dan
kucar kacir.
PENGHAYATAN
1- Menghormati jiran dengan
menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2- Mengambil berat dan bertegur
sapa dengan jiran.
3- Memberi sumbangan yang baik
kepada jiran.
4- Mempunyai semangat rela
berkorban dan prihatin terhadap jiran.
|
*CONTOH
NOTA BAHAGIAN PENGAJIAN AL-QURAN
KEWAJIPAN BELAJAR KE ATAS SETIAP
MUSLIM
Pada umumnya belajar merupakan proses abadi yang melibatkan penyesuaian
yang terbaik untuk perkembangan mental dan fizikal, kebebasan dan
kesedaran manusia terhadap Tuhan dan semua makhluk di dunia. Belajar
boleh berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal, kerana konsep belajar
merupakan proses memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta berubahnya
tingkah laku dengan dilakukan sendiri oleh seseorang. Firman Allah
Taala yang bermaksud : “ Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) . Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dengan nama tuhanmu yang Maha Pemurah , yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuiya “ . Daripada firman Allah SWT diatas , dapat difahami bahawa seruan Allah untuk belajar merupakan satu tuntutan yang perlu dicari dan diperoleh . Sesuatu ilmu mesti diperoleh melalui beberapa proses seperti membaca hasil tulisan para ilmuan, melalui perbincanagan, perbhasan, membuat kajian tentang sesuatu ilmu. Antara kepentingan mencari dan mempelajari sesuatu ilmu ialah manusia dapat membuat sesuatu tindakan yang betul untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat, membolehkan masyarakat dan Negara mengeksploitasikan sumber alam dan untuk faedah manusia. Manusia dan masyarakat akan menjadi teguh dan kuat , dan mereka yang mempelajari kedua-dua bidang ilmu (fardhu ain dan fardhu kifayah) akan dikasihi Allah, Rasul dan Manusia, mendapat kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat serta dipandang mulia dan dihormati. Dengan ilmu juga, manusia dapat mengetahui kebesaran, kekuasaan, keagungan Allah serta mengetahui rahsia-rahsia kejadian alam bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Jesteru, kewajipan belajar amat penting ke arah pembangunan diri, masyarakat dan Negara selaras dengan pembangunan yang dituntut dalam Islam. Didalam Al-Quran dan Hadis terdapat banyak ayat yang menyarankan supaya umat islam menuntut ilmu. Antaranya ialah :
“ Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai
golongan musyrik) kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak
mengetahui”.
( Surah An-Nahlu : 43 )
Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Menuntut ilmu itu adalah wajib ke
atas setiap Muslim”
|
PELAJARAN 24 : ADAB BERSEDEKAH DAN MEMBERI HADIAH
24.1 Konsep
sedekah dan hadiah menurut islam
# Pengertian
sedekah dari sudut istilah : Pemberian atau derma secara sukarela untuk
membantu individu dan masyarakat disamping mendapat ganjaran daripada Allah
SWT.
# Pengertian
hadiah dari sudut istilah : Pemberian sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang
bertujuan memuliakan atau memberi penghormatan kepada penerima.
|
||
24.2 Hukum
memberi sedekah dan hadiah
*Hukum
memberi sedekah
i) Sunat
- keadaan sepanjang masa
ii) Haram
-
Keadaan : sekiranya diketahui
ia akan diguna bagi tujuan maksiat
iii) Wajib :
-
Keadaan : sekiranya terdapat dalam anggota masyarakat yang
dalam kelaparan sedangkan seseorang itu mempunyai lebihan
makanan yang diperlukan.
*Hukum
memberi hadiah ialah sunat.
-
Hukum menerima hadiah dan sedekah pula adalah harus.Makruh
hukumnya menolak pemberian tanpa sebab yang munasabah.
-
|
||
24.3 Rukun
sedekah dan hadiah
i) Pemberi
Syarat : 1) Baligh
2) Berakal
ii) Penerima
: 1) Layak memiliki
iii) Barangan
Syarat : 1) Wujud dan boleh diserahkan ketika pemberian dilakukan. 2) Bernilai 3) Dimiliki oleh pemberi
|
No comments:
Post a Comment