Ayat 42-46 Surah Al-Haj
Firman Allah Taala:

Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai
Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya
sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud
(kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing;

Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut

Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku
memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan
mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana
buruknya kesan kemurkaanKu.

Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan
sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya;
dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang
tersergam (telah kosong, ditinggalkan).

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi
supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi
orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada
telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka
mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati
yang ada di dalam dada.
Pelajaran 6 : Iktibar Daripada Sejarah
Latar Belakang Ayat
Latar Belakang Ayat
-
Allah swt mengarahkan Rasulullah saw
supaya menyampaikan dakwah kepada kaum musyrikin. Allah swt juga
mengingatkan kepada Rasulullah saw bahawa dalam usaha dakwah baginda
akan sentiasa ditentang dan didustai
-
Jussteru itu, Allah swt terlebih dahulu
member peringatan kepada baginda tentang penolakan dan pendustaan
umat-umat terdahulu terhadap seruan dakwah nabi-nabi mereka sebagai
fungsi agar baginda bersabar, tidak kecewa dan tidak berputus asa.
INTISARI AYAT :
Allah SWT memberi perangsang kepada Rasulullah SAW supaya bersabar menghadapi sebarang tentangan dan mengambil iktibar daripada balasan yang Allah timpakan kepada umat-umat terdahulu. Allah juga menempelak sikap golongan pendusta yang sepatutnya mengambil iktibar daripada kesan-kesan kemusnahan yang telah berlaku. Mereka sepatutnya menjelajah ketempat-tempat yang ditimpa bencana dan menggunakan mata , telinga, dan akal mereka untuk insaf dan beriman. Tetapi disebabkan hati mereka telah buta, mereka tidak mahu mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku, sebaliknya mereka terus berada dalam kesesatan.
No comments:
Post a Comment