Monday, 7 May 2012

ADAB BELAJAR

1) Hendaklah membetulkan niatbelajar iaitu belajar kerana Allah supaya ilmu yang diperolehi itu akan digunakan untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.

2) Hendaklah memberi salam kepada guru yang mengajar.

3) Bertanya ketika perlu dan kurangkan bercakap sewaktu majlis ilmu sedang berjalan. Lebih-lebih lagi membuat jenaka sehingga boleh menggangu pelajar lain.

4) Jangan menunjukkan mimik muka yang tidak menyenangkan apabila tidak minat dengan pelajaran yang diajar. Seeloknya kalau tidak faham apa yang dipelajari mintalah pandangan gurubagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.

5) Hendaklah taat pada perintah guru selagi tidak melanggar syariat atau hukum hakam Allah.

6) Sekiranya apa yang diajat telah difahami , jangan bersikap sombong. Kalau guru mengulanginya untuk memberi keterangan kapada yang belum faham hendaklah bersabar mendengarnya.

7) Sentiasa merendah diri dan menghormati guru dengan mendahulukan salam ketika bertemu dengannya.

8) Untuk mendapat keberkatan dari ilmu yang dipelajari, sebaiknya diakhiri dengan doa. Berdoalah supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment