Sunday, 29 April 2012

* PENGENALAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH TING. 4


 
   PENDAHULUAN
Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan pengajian al-quran dan al-sunnah dan amalan seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan bidang Pengajian al-Quran, Ulum Al-Quran , Pengajian Hadis, Ulum al-Hadis, Akhlaq dan Tamadun.Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran elektif pengajian Islam.

VISI

“Bersama menggabungkan tenaga bagi memahami mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah supaya pelajar dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada di peringkat PMR yang lalu melalui pembelajaran mata pelajaran ini”.

MISI

“Setiap usaha  yang dicurahkan ke arah kefahaman dan penghayatan serta amalan seharian bagi pelajar ke arah melahirkan cerdik pandai Islam yang mahir dan menguasai dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi.”

MATLAMAT

Memantapkan penguasaan ilmu melalui pembelajaran Al-Quran dan Al-Hadis ke arah memahami sumber-sumber hukum Islam di samping membantu penguasaan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran. Di samping menanam minat pelajar bagi menambah ilmu dan diterapkan dalam kehidupan seharian samada di sekolah atau dalam masyarakat selepas tamat pengajian mereka.

OBJEKTIF

          i.    Melahirkan pelajar yang bertaqwa.

        ii.    Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

       iii.    Memupuk semangat pelajar yang sentiasa berusaha untuk memahami dan menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan sama ada duniawi dan ukhrawi.

       iv.    Membina keseimbangan pelajar yang dapat menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari.

RASIONAL

          i.    Menyedari betapa cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

        ii.    Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

   iii.    Mendedahkan pelajar kepada perkembangan hukum-hakam Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

       iv.    Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan SPM.

    v.    Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi kecemerlangan akademik pelajar.



3 comments:

  1. Baccarat: Rules, Strategies and Strategy - Betting
    Baccarat is a traditional casino game played with cards from four suits. Each player decides how many 안전 바카라 tricks the dealer has

    ReplyDelete
  2. The Wizard of Vegas to run at Wynn Las Vegas in 2022
    The Encore will remain the 계룡 출장마사지 standard on-site casino resort, with 속초 출장샵 a pool, restaurants, a 양주 출장마사지 fitness 영주 출장마사지 center, 남원 출장샵 and a nightclub.

    ReplyDelete
  3. Great and I have a super supply: What Do House Renovations Cost house renovation on a budget

    ReplyDelete