Wednesday, 23 May 2012

INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH


Interaksi bermaksud proses saling bertindak antara  individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya.  Maksud pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.Ianya melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat. Manakala konsep bilik darjah pula ialah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara rasmi. Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru.MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh dalam pengajaran‘.
Sebagai pendidik jenis interaksi ini yang biasa diwujudkan oleh saya semasa didalam bilik darjah biasanya berkaitan dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan. Menurut model Pengajaran Sim menitikberatkan interaksi di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan/ bahan pelajaran dan alam sekitar. Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran dan peringkat kedua ialah peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah.
Semasa saya menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Saya merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, saya juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana saya menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Selain daripada interaksi diatas saya juga mewujudkan beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah. Pertama interaksi dua hala antara saya sebagai seorang guru dengan  murid. Saya  menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ciri-ciri interaksi dua hala diantara saya dan murid :-
I.Aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif.
II.Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.
III.Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.
Interaksi kedua ialah interaksi dua hala di antara murid dengan murid. Saya menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid dengan murid dapat member peluang kepada mereka untuk berfikir dengan lebih banyak lagi.
Ciri- ciri Interaksi Dua hala di antara Murid dengan Murid :
I.                   Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik
     .II.         Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
II.                Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
     IV.        Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.
      V.         Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling  
                  bantu membantu di kalangan mereka.
Seterusnya interaksi ketiga ialah interaksi pelbagai hala antara saya dengan murid dan murid dengan murid. Saya menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.
Ciri-ciri penting interaksi pelbagai hala antara saya dengan murid dan murid dengan murid ialah :-
(i)                 Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
(ii)               Penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran.
(iii)             Suasana yang kondusif untuk mengedalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Jenis interaksi yang kelima yang saya wujudkan didalam bilik darjah ialah interaksi berkomputer.Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini yang  saya gunakan ialah penggunaaan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya.Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu saya dalam proses pendidikan dan mengurus pengajaran serta dapat membantu saya  dalam proses penilaian.
Kini  penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computer adaptive testing –CAT) dapat menjimatkan banyak masa saya.
Ciri-ciri:-
A. Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesien untuk guru menjalani ujian melalui komputer.
B. Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.
C. Interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang diperolehi oleh mereka.
D. Guru dapat menyimpan rekod tentang keputusan murid –murid secara tersusun dan sistematik.
E. Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer, dengan peranan guru sebagai pemudah cara.
Luangkan masa supaya interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.
            Sebagai seorang pendidik saya juga menggunakan cadangan yang dikemukakan oleh Hargreaves iaitu tiga alternatif  jenis konsep diri yang perlu ada pada guru. Jenis-jenis itu adalah “si penjinak singa”, “si penghibur” dan “si romantik” Tiga konsep ini adalah untuk membantu penganalisisan terhadap konsep diri guru dalam situasi bilik darjah.
Jenis yang pertama adalah saya menjadi guru yang garang seperti “penjinak singa”. Pendidikan adalah proses mentamadunkan murid-murid yang dianggap liar dan sukar dijinakkan. Saya menggunakan cara ini kepada murid-murid yang malas atau tidak mahu belajar. Jadi mereka perlu dipaksa menerima apa yang dianggap baik bagi mereka. Saya melaksanakan disiplin yang ketat dan ujian kepada mereka kerap dilakukan.
Untuk merangsang pembelajaran saya memerlukan bahan-bahan dan penyampaian yang menarik. Saya perlu menjadi sebagai guru ‘penghibur’ yang mana saya mengajar mengikut tema sepertimana yang dicadangkan oleh Hargreves. Saya menggunakan alat-alat bantuan seperti audiovisual dan kaedah-kaedah berpusatkan murid. Dengan ini hubungan saya dengan murid semakin rapat dan selalu berbentuk tidak formal. Dalam bilik darjah saya bertindak sebagai pemantau dimana saya sering bergerak memeriksa tugasan murid-murid.
Kepada murid-murid yang yang sangat berminat untuk belajar saya menjadi seorang guru yang ‘romantik’. Saya menganggap murid bersikap positif. Peranan saya adalah sebagai fasilitator dan saya memberikan kebebasan kepada mereka untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari.
Selain daripada itu terdapat dua subperanan yang saya laksanakan, iaitu sebagai pengamal disiplin dan sebagai instruktor. Pengamal disiplin termasuklah menyelaraskan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah , membahagikan kumpulan-kumpulan murid, mengawas pergerakan dalam bilik darjah dan menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah. Tugas sebagai instruktor atau pengajar pula termasuk menentukan apa yang perlu dipelajari dan memastikan sesuatu pembelajaran telah berlaku. Kedua-dua peranan ini selalunya saya amalkan secara serentak dan saya melaksanakannya dengan bermacam-macam cara.



Monday, 7 May 2012

ADAB BELAJAR

1) Hendaklah membetulkan niatbelajar iaitu belajar kerana Allah supaya ilmu yang diperolehi itu akan digunakan untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.

2) Hendaklah memberi salam kepada guru yang mengajar.

3) Bertanya ketika perlu dan kurangkan bercakap sewaktu majlis ilmu sedang berjalan. Lebih-lebih lagi membuat jenaka sehingga boleh menggangu pelajar lain.

4) Jangan menunjukkan mimik muka yang tidak menyenangkan apabila tidak minat dengan pelajaran yang diajar. Seeloknya kalau tidak faham apa yang dipelajari mintalah pandangan gurubagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.

5) Hendaklah taat pada perintah guru selagi tidak melanggar syariat atau hukum hakam Allah.

6) Sekiranya apa yang diajat telah difahami , jangan bersikap sombong. Kalau guru mengulanginya untuk memberi keterangan kapada yang belum faham hendaklah bersabar mendengarnya.

7) Sentiasa merendah diri dan menghormati guru dengan mendahulukan salam ketika bertemu dengannya.

8) Untuk mendapat keberkatan dari ilmu yang dipelajari, sebaiknya diakhiri dengan doa. Berdoalah supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan.