Interaksi bermaksud
proses saling bertindak antara individu
dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam
sekitarnya. Interaksi
melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan
isi kandungannya. Maksud pengurusan bilik darjah ialah satu
proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan
komunikasi dan interaksi antara murid.Ianya melibatkan penyediaan persekitaran
sosiomosi yang sihat. Manakala konsep bilik darjah pula ialah tempat di mana
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara rasmi. Bilik
darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru.MArland (1975), suasana
fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh dalam pengajaran‘.
Sebagai pendidik jenis
interaksi ini yang biasa diwujudkan oleh saya semasa didalam bilik darjah biasanya
berkaitan dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang
digunakan. Menurut model Pengajaran Sim
menitikberatkan interaksi di antara
guru, murid, objektif pelajaran,
isi kandungan/ bahan pelajaran dan alam sekitar. Menurut Moore (1987), dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan
kepada dua peringkat iaitu Peringkat pra-aktif ialah ketika guru
bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran
dan peringkat kedua ialah peringkat
interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal
dalam bilik darjah.
Semasa saya menyediakan rancangan pengajaran dalam buku
rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Saya merancang
dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah)
pengajaran. Selain itu, saya juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah
penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran,
peringkat interaktif berlaku dimana saya menyediakan peluang dan ruang kepada
murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi
lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada
murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita
harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang
tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat
dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Selain daripada
interaksi diatas saya juga mewujudkan beberapa jenis interaksi dalam bilik
darjah. Pertama interaksi dua hala antara saya sebagai seorang guru dengan murid. Saya menggunakan
pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi
yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi
interaksi dua hala.
Ciri-ciri interaksi dua hala diantara saya dan murid
:-
I.Aktiviti pengajaran
dan pembelanjaran bercorak aktif.
II.Perhubungan guru
dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.
III.Menggalakkan
murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menyoal dan meminta pendapat mereka.
Interaksi
kedua ialah interaksi dua hala di antara murid dengan murid. Saya menggunakan
pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan
sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
interaksi antara murid dengan murid dapat member peluang kepada mereka untuk
berfikir dengan lebih banyak lagi.
Ciri- ciri Interaksi Dua hala di antara
Murid dengan Murid :
I.
Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan
dinamik
.II. Perhubungan antara murid dengan murid dapat
dieratkan.
II.
Interaksi guru dengan murid dihadkan
kepada mengikut arahan guru sahaja.
IV.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.
V.
Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan
saling
bantu membantu di kalangan
mereka.
Seterusnya interaksi ketiga ialah interaksi
pelbagai hala antara saya dengan murid dan murid dengan murid. Saya menggunakan
kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan
kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah
perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan
murid dan murid dengan murid-murid
lain di dalam bilik darjah.
Ciri-ciri
penting interaksi pelbagai hala antara saya dengan murid dan murid dengan murid
ialah :-
(i)
Komunikasi berkesan yang berlaku di
antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
(ii)
Penyertaan aktif murid dalam process
pengajaran dan pembelajaran.
(iii)
Suasana yang kondusif untuk mengedalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Jenis interaksi yang kelima yang saya
wujudkan didalam bilik darjah ialah interaksi berkomputer.Proses pengajaran dan
pembelajaran yang terkini yang saya
gunakan ialah penggunaaan komputer dan internet serta
aplikasi-aplikasinya.Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
membantu saya dalam proses pendidikan dan mengurus pengajaran serta
dapat membantu saya dalam proses
penilaian.
Kini penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian
ujian iaitu sebagai bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computer adaptive
testing –CAT) dapat menjimatkan banyak masa saya.
Ciri-ciri:-
A.
Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesien untuk guru menjalani ujian
melalui komputer.
B.
Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.
C.
Interaksi murid dengan komputer
membolehkan murid-murid mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak
balas yang diperolehi oleh mereka.
D.
Guru dapat menyimpan rekod tentang keputusan murid –murid secara tersusun dan
sistematik.
E.
Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer, dengan
peranan guru sebagai pemudah cara.
Luangkan masa supaya interaksi antara kita dengan isi
kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin
antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan
hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam
bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di
peringkat rendah dan menengah rendah.
Sebagai seorang pendidik saya juga menggunakan
cadangan yang dikemukakan oleh Hargreaves iaitu tiga alternatif jenis konsep diri yang perlu ada pada guru.
Jenis-jenis itu adalah “si penjinak singa”, “si penghibur” dan “si romantik”
Tiga konsep ini adalah untuk membantu penganalisisan terhadap konsep diri guru
dalam situasi bilik darjah.
Jenis yang pertama adalah saya menjadi
guru yang garang seperti “penjinak singa”. Pendidikan adalah proses mentamadunkan
murid-murid yang dianggap liar dan sukar dijinakkan. Saya menggunakan cara ini
kepada murid-murid yang malas atau tidak mahu belajar. Jadi mereka perlu
dipaksa menerima apa yang dianggap baik bagi mereka. Saya melaksanakan disiplin
yang ketat dan ujian kepada mereka kerap dilakukan.
Untuk merangsang pembelajaran saya
memerlukan bahan-bahan dan penyampaian yang menarik. Saya perlu menjadi sebagai
guru ‘penghibur’ yang mana saya mengajar mengikut tema sepertimana yang
dicadangkan oleh Hargreves. Saya menggunakan alat-alat bantuan seperti
audiovisual dan kaedah-kaedah berpusatkan murid. Dengan ini hubungan saya
dengan murid semakin rapat dan selalu berbentuk tidak formal. Dalam bilik
darjah saya bertindak sebagai pemantau dimana saya sering bergerak memeriksa
tugasan murid-murid.
Kepada murid-murid yang yang
sangat berminat untuk belajar saya menjadi seorang guru yang ‘romantik’. Saya
menganggap murid bersikap positif. Peranan saya adalah sebagai fasilitator dan
saya memberikan kebebasan kepada mereka untuk memilih apa yang ingin mereka
pelajari.
Selain daripada itu terdapat dua
subperanan yang saya laksanakan, iaitu sebagai pengamal disiplin dan sebagai instruktor.
Pengamal disiplin termasuklah menyelaraskan aktiviti-aktiviti dalam bilik
darjah , membahagikan kumpulan-kumpulan murid, mengawas pergerakan dalam bilik
darjah dan menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah. Tugas sebagai
instruktor atau pengajar pula termasuk menentukan apa yang perlu dipelajari dan
memastikan sesuatu pembelajaran telah berlaku. Kedua-dua peranan ini selalunya
saya amalkan secara serentak dan saya melaksanakannya dengan bermacam-macam
cara.